Skip navigation

Navigating and Connecting

Profesion keguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi pelbagai cabaran terutama dalam era globalisasi. Cabaran yang biasanya dihadapi oleh guru-guru di sekolah ialah bagaimana hendak menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah. Mereka harus merancang serta melaksanakan teknik dan strategi yang bersesuaian agar situasi tersebut dapat dibendung pada peringkat awal, bagi memastikan kelicinan atau keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran demi menjaga iklim bilik darjah yang kondusif.

Antara ciri guru-guru di abad 21 adalah mampu menjalin dan mengembangkan hubungan untuk peningkatan mutu pembelajaran di sekolah. Kemajuan teknologi maklumat telah meningkatkan peluang dalam pemerolehan ilmu pengetahuan bagi setiap individu guru. Perkembangan dalam teknologi digital membolehkan guru untuk berkomunikasi dengan masyarakat dunia untuk mengatasi masalah dalam bilik darjah mereka.

Sumber :