Perancangan yang teliti sangat penting untuk menentukan kejayaan pembangunan sesuatu DLO. Antara langkah yang perlu dilakukan dalam perancangan sesuatu DLO ialah:
1. Menentukan maklumat umum DLO:
- Program
- Nama dan Kod Kursus
- CLO yang hendak dicapai
- Objektif pembelajaran
2. Merungkai standard:
- Kemahiran
- Kandungan
- Pentaksiran
3. Membuat penjajaran antara pentaksiran, aktiviti pdp dan media yang akan digunakan.