Pengenalan kepada modulasi
Jika sesuatu karya muzik berada dalam satu tandanada yang sama dari mula hingga akhir tidak akan menarik. Modulasi adalah berkaitan dengan penukaran nada dalam sesebuah karya. Ia memberi kontras, perbezaan, warna dan drama dalam karya muzik. Sesebuah karya bermula dengan nada C major. Selepas beberapa bar, nada baru, G major, wujud dalam karya tersebut. Ini bermakna modulasi telah berlaku.
Tujuan modulasi
Tujuan modulasi berlaku adalah untuk menukar tandanada dalam sesebuah dan menjadikan karya tersebut lebih menarik. Modulasi memberi dua fungsi, pertama, ia memberi kontras dalam muzik supaya karya muzik akan menjadi lebih menarik. Kedua, ia memberi sesuatu struktur baru kepada karya muzik.
Ciri-ciri modulasi
Ciri-ciri modulasi ditentukan oleh tanda kromat (accidentals), disahkan oleh satu kaden yang mengandungi tanda kromat dan ditukarkan dengan satu tandanada baru dalam karya muzik itu. Untuk mengenal pasti modulasi berlaku, sejenis kaden baru kepada nada baru mesti wujud, biasanya kaden perfek diperdengarkan. Terdapat kaden lain seperti kaden interrupted (kadenmelencong) dan kaden plagal digunakan dalam modulasi.
Perhubungan nada dalam modulasi
Jika nada asal sesuatu karya ialah C major. Biasanya modulasi akan berlakuberdasarkan nada relatif minor iaitu A minor, nada dominan iaitu nada G major dan nada subdominan iaitu nada F major kepada C major. Formula ini diaplikasikan kepada semua nada major dan semua nada minor. Selain nada tersebut, modulasi boleh juga berlaku dengan menggunakan nada selari (parallel key). Lihat contoh di bawah.
Berdasarkan modulasi yang berlaku dalam petikan di atas, perhubungan antara nada baru dengan nada lama ialah F major dengan D minor. Perhubungan mereka adalah nada relatif iaitu D minor adalah nada relatif minor kepada nada F major. Mereka mempunyai tandanada yang sama.
Bagaimana mengenal modulasi
Apabila berlaku modulasi, nada baru akan memberi sesuatu bunyi yang beza kepada pendengar. Pendengar akan berasa nada asal sudah ditukar kepada pic samada lebih tinggi ataupun lebih rendah. Harmoni telah berubah dan diperdengar berlainan daripada nada asal. Selain itu, terdapat tanda kromat yang baru seperti syap, flet dan natural dalam bahagian di mana modulasi berlaku. Di samping itu, wujudnya satu kaden baru kepada nada baru, biasanya kaden perfek diperdengarkan.
MZU3105 Teori Muzik II