Skip navigation

Kriteria Pemilihan Buku Kanak-kanak

Pemilihan bahan bacaan yang sesuai amat penting dalam peringkat awal perkembangan kanak-kanak bagi  memupuk minat membaca dan kecenderungan terhadap buku.

Klik imej dibawah mengenai kriteria pemilihan buku.

Dalam kumpulan berempat, anda dikehendaki membuat peta i-think mengenai kriteria pemilihan buku dari artikel di atas. Kongsikan dalam padlet melalui url  

https://padlet.com/saedah/PAKK3213.

Seterusnya, anda dikehendaki mencari buku kanak-kanak  di Pusat Sumber kampus mengikut peringkat umur berikut : 

(i) bayi

(ii) kanak-kanak tatih (1-2 tahun)

(iii) kanak-kanak 3-4 tahun

(iv) kanak-kanak prasekolah 4-6 tahun

(v) kanak-kanak 7-8 tahun

Berdasarkan buku yang diperolehi, buat satu pengurusan grafik mengenai kriteria pemilihan buku tersebut. Kongsikan dalam padlet. 

Seterusnya, anda dikehendaki menilai  pengurusan grafik dari kumpulan lain. Beri maklumbalas  dengan memurnikan pengurusan grafik tersebut. Kongsikan dalam padlet.