Skip navigation

Pop Kuiz

Pop Kuiz

Question

1.  Dalam kaunseling kelompok ahli-ahli akan mempelajari beberapa kemahiran. Di antara mereka ialah
I. menyimpan rahsia dan menepati masa
II. saling menghormat dan berharmoni dalam kelompok
III. berkomunikasi di antara ahli-ahli
IV. memberi nasihat dan mengawal ahli-ahli lain
V. kemahiran memimpin

Answers

I dan II sahaja

I, II dan III sahaja

I, II dan IV sahaja

I, II, III dan V sahaja

II, IV dan V sahaja

Feedback

Question

2.   Apabila memulakan kelompok kaunseling perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian, KECUALI

Answers

saiz kelompok

kekerapan perjumpaan

menepati masa

memberi peluang kepada semua ahli

pemilihan ahli

Feedback

Question

3.   Kelompok kaunseling berbeza dengan kelompok-kelompok lain dari segi

Answers

ia kerap menumpukan kepada peningkatan prestasi pelajaran ahli-ahli

pemudah cara lebih memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah dalam kauseling kelompok

ia menumpukan kepada pengalaman dan perasaan ahli-ahlinya

jumlah atau ramainya ahli di dalam kelompok itu

ia mementingkan penyelesaian masalah oleh kaunselor

Feedback

Question

4.   Dalam sesi ini terdapat perasaan tidak puas hati, ragu-ragu, menguasai dan menentang di kalangan ahli-ahli dalam kaunseling kelompok. Ini menunjukkan mereka berada dalam peringkat.

Answers

tidak mengenal

kejelekitan

konflik

penerokaan

permulaan

Feedback

Question

5.   Di bawah ini disenaraikan beberapa tujuan komunikasi. Pilih satu di antaranya yang terpenting sekali

Answers

Kita dapat membentuk kepercayaan dan perhubungan

Kita dapat mempengaruhi orang lain dan sebaliknya

Kita belajar memahami orang lain sebagai manusia dan menolong orang lain memahami kita sebagai manusia

Kita dapat mengetahui latar belakang orang lain

Kita dapat berkenalan antara satu sama lain

Feedback

Question

6.   Seseorang ahli kelompok anda telah menguasai perbincangan dalam kelompok. Sebagai seorang pemimpin, apakah yang harus dibuat?
I. Menanya ahli-ahli kelompok tentang pandangan mereka
II. Menggalakkan ahli-ahli lain berinteraksi dalam kelompok
III. Meringkaskan isi perbincangan
IV. Menyemak persepsi-persepsi ahli kelompok lain
V. membenarkan ahli yang tersebut meneruskan perbincangan itu.

Answers

III, IV dan V sahaja

I, II, IV dan V sahaja

II, III dan V sahaja

I, II, III dan IV sahaja

I, II dan IV sahaja

Feedback

Question

7.   Dari kenyataan-kenyataan berikut yang manakah bukan peranan ketua di dalam kaunseling kelompok?

Answers

sebagai penggerak interaksi

sebagai pegawai arah perbincangan

sebagai pemudahcara interaksi

sebagai penyelesai masalah ahli-ahlinya

sebagai pemegang peraturan (rule-keeping) kelompok

Feedback