Puisi Moden
Za'ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai,"khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik hati orang yang mendengarnya".
Seterunya Za'ba mengatakan bahawa, "karangan berangkap itu ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat, dan sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyi atau rentaknya atau isinya serta kebanyakan memakai timbangan atau sukatan yang tertentu".
Definisi puisi yang dikemukakan oleh Za'ba di atas memperlihatkan dua ciri utama puisi:
a. Sifat abstraknya seerti kecantikan, keindahan bahasa dan kemerduan bunyi.
b. Sifat konkritnya, struktur dasar yang merangkumi binaan baris dalam rangkap, kedudukan suku kata dalam baris dan susunan rima.
Kedua-dua ciri tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan tema dan kesannya kepada pembaca.
RumusanĀ ciri-ciri puisi moden
- jumlah baris dan suku kata tiada terbatas.
- mempunyai rima bebas
- mengandungi bahasa yang indah
- mengemukakan suatu gambaran hidup
- merupakan catatan jiwa