Skip navigation

Jenis-Jenis Anuiti

Kita akan menumpu kepada jenis-jenis anuiti berikut:

Anuiti Biasa (Anuiti Serta Merta)


Anuiti biasa juga dikenali sebagai anuiti serta merta. Anuiti biasa adalah anuiti yang berlaku
pada setiap akhir tempoh pembayaran atau penerimaan tunai. Contoh anuiti biasa adalah
seperti cukai pintu, cukai tanah, pelan anuiti persaraan, pembayaran balik pinjaman bank
dan sebagainya.

Anuiti Matang


Anuiti matang juga dikenali sebagai anuiti cukup tempoh. Anuiti matang berlaku di setiap
awal tempoh pembayaran atau penerimaan tunai. Contoh seperti bayaran sewa rumah yang
dibayar sebelum menduduki premis dan sebagainya.

Anuiti Tertunda


Anuiti tertunda merupakan bayaran anuiti yang tidak bermula dengan serta-merta tetapi
pada akhir tempoh yang ditetapkan iaitu tempoh tertunda. Bayaran berkala yang pertama
dilakukan selepas tempoh tertunda. Bagi anuiti tertunda premium bayaran boleh dibuat
sekaligus atau bayaran dibuat setiap bulan. Antara contoh anuiti tertunda yang sesuai
adalah pinjaman pendidikan yang ditawarkan oleh sebuah bank.


Anuiti tertunda adalah anuiti di mana bayaran pertama dibuat selepas selang masa
penangguhan, atau dikenal sebagai tempoh penangguhan. Tempoh penangguhan adalah
selang masa daripada sekarang kepada masa awal tempoh anuiti. Bayaran akan bermula
lebih dari 12 bulan selepas anda membeli anuiti. Individu yang membeli anuiti jenis ini pada
sepanjang tempoh bekerja untuk menjadikannya pendapatan persaraan di kemudian hari.

Rajah berikut menunjukkan jenis-jenis anuiti terrunda.

Jenis Anuiti Tertunda

Anuiti tertunda biasa jika tempoh penangguhan tamat, satu bayaran dibuat sebelum
bayaran berkala pertama, ini dikenal sebagai anuiti tertunda biasa.


Anuiti tertunda matang - jika tempoh penangguhan tamat pada awal bagi bayaran berkala
pertama, ini dikenal sebagai anuiti tertunda matang.