Skip navigation

Senario PdP

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir sesi, para peserta dapat :

  1. Menerangkan dan menjelaskan ciri-ciri "New Pedagogy Deep Learning" (NPDL) yang terdapat dalam senario PdP ditayangkan.
  2. Menerangkan dan menjelaskan ciri-ciri kompetensi pembelajaran bermakna (6C) yang terdapat dalam senario PdP ditayangkan.
  3. Menerangkan dan menjelaskan ciri-ciri penggunaan alatan digital dan resos yang terdapat dalam senario PdP ditayangkan.
  4. Menerangkan dan menjelaskan ciri-ciri "rigor, relevance dan relationship" (3R) yang terdapat dalam senario PdP ditayangkan.
  5. Menerangkan dan menjelaskan ciri-ciri "engagement, enhancement dan extension" (3E) yang terdapat dalam senario PdP ditayangkan.
  6. Merumuskan suatu situasi baru dalam menerapkan unsur-unsur NPDL, 6C, 3R dan 3E dalam aktiviti PdP.

Arahan:

Dalam kumpulan, peserta diminta menonton video disediakan berikut dan kemudiannya berbincang dan membuat perbandingan mengenai ciri-ciri NPDL, 6C, 3R dan 3E yang terdapat dalam senario PdP kedua-dua video berkenaan. Seterusnya kumpulan diminta merumuslkan/menghasilkan satu situasi baru dalam menerapkan kesemua elemen berkenaan dalam situasi PdP dan fikirkan juga jika situasi PdP berkenaan berada dalam keadaan kekurangan kemudahan ICT. Bagaimana unsur-unsur NPDL, 6C, 3R dan 3E masih dapat dilaksanakan. 

Menggunakan apa-apa alatan digital yang bersesuaian, kongsikan dengan kumpulan lain hasil perbincangan kumpulan anda dan situasi PdP baharu yang dirancangkan. 

*** Anda boleh menggunakan Borang Penilaian 3E berikut bagi membantu anda membuat penilaian. Borang Penilaian 3E

Senario PdP 1

Senario PdP 2