Skip navigation

Konsep DPDL

Perkembangan teknologi banyak mengubah cara belajar di seluruh dunia menjadikan proses pembelajaran semakin melangkaui ruang fizikal bilik darjah dan bersifat lebih global. Pedagogi dalam era revolusi industri 4.0 ini memerlukan pengajaran yang sesuai dengan ciri-ciri pelajar kontemporari iaitu self-navigator, social contractor, media critics dan media maker, inovative designer dan globally connected citizen bagi mencapai 6 kompetensi 6C  yang diperlukan oleh generasi abad 21 iaitu kompetensi dalam  komunikasi, kolaboratif, kritis, kreatif, sahsiah dan warganegara (Fullan, 2018).