PROGRAM : PISMP
KURSUS : PENGURUSAN TINGKAH LAKU
KOD : PKUK3033
SINOPSIS KURSUS :
Kursus ini membincangkan tingkah laku murid dari aspek definisi, konsep, prinsip, tingkah laku mencabar, starategi pengurusan tingkah laku dan isu yang berkaitan dengannya. pelajar dikehendaki merancang pelaksanaan program pengubahsuaian tingkah laku dalam kalangan murid berkeperluan khas.
CLO 4 : Membentangkan hasil projek berdasarkan perancangan prosedur pelaksanaan pengurusan tingkah laku murid berkeperluan khas (C6, PLO4, CS3).
Hasil Pembelajaran
- Mengenal pasti jenis-jenis tingkah laku mencabar dalam kalangan murid berkeperluan khas
- Menganalisis jenis-jenis tingkah laku mencabar dalam kalangan murid berkeperluan khas
- Mengesan tingkah laku sasaran menggunakan prosedur yang betul
- Merancang intervensi yang sesuai bagi mengatasi masalah tingkah laku mencabar murid berkeperluan khas