Skip navigation

KAJIAN LAPANGAN

Pemerhatian di Lapangan

Anda akan ditugaskan untuk membuat satu pemerhatian (E3) untuk mengamati gaya kognitif murid-murid dalam kelas semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Di sini anda berperanan sebagai penyelidik.

Berikut merupakan perkara yang perlu anda laksanakan untuk menjalankan pemerhatian tersebut:

i) Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. 

ii) Sediakan instrumen yang sesuai (C3) untuk mencapai objektif pemerhatian anda. Kongsikan instrumen tersebut dengan rakan pembelajaran (learning partnership) untuk mendapatkan pengesahan (C2) (E2). Tunjukkan bukti pengesahan tersebut dalam laporan anda.

iii) Memerhati Gaya Kognitif FI dan FD yang  dikenal pasti melalui tingkah laku murid semasa proses pembelajaran dan mengguna pakai instrumen yang dibina (C3) (E3) Penyelidik perlu memerhati murid-murid dalam tempoh masa yang tertentu.

iv) Meneliti proses PdP di dalam bilik darjah.

v. Menemuramah guru untuk mendapatkan maklumat berkaitan Gaya Kognitif murid dan aktiviti PdP guru. Penyelidik juga boleh mendapatkan maklumat melalui WhatsApp, Telegram dan Emel (C1)(C2)(E3), (Rv), Rs).