Skip navigation

RUJUKAN TAMBAHAN

Perbezaan Individu

Borich dan Tombari (1997) menyatakan bahawa  perbezaan individu merujuk kepada kepelbagaian ciri ahli kumpulan dari segi karekter, tahap keupayaan, bentuk persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak.

Slavin (1997) pula menyatakan bahawa perbezaan individu merangkumi aspek perbezaan individu dari segi perkembangan dan pertumbuhan mengikut jantina, fizikal, emosi, nilai tolak ansur, kemahiran sosial, serta bakat dan minat.

Lazimnya, perbezaan individu itu membawa pemahaman terhadap perbezaan antara manusia dari segi keupayaan dan ciri-ciri kecerdasan, personaliti, fizikal dan kemahiran.

Bagi kursus ini, perbezaan individu dibincangkan dari aspek-aspek berikut:

- Fizikal
- Kognitif
- Sosio emosi
- Latar belakang murid
- Murid berkeperluan pendidikan khas

Perbezaan individu juga difokuskan kepada:

  • Kecerdasan
    - Teori Kecerdasan Sternberg
    - Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner
    - Teori Kecerdasan Emosi Goleman
  • Gaya kognitif

           - Field Dependent/Independent

          - Habits of Mind

  • Gaya Pembelajaran
    - Dunn & Dunn
    - Model Kolb
    - Honey & Mumford

Fokus tugasan ini ialah perbezaan individu dari segi Gaya Kognitif (FI/FD)

Apa itu Gaya Kognitif?

Gaya kognitif ialah satu gaya yang sedia ada pada seseorang individu sejak lahir. Justeru, gaya kognitif adalah satu aspek penting yang perlu diambil kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengaruh gaya kognitif ini tidak dapat disangkal kerana banyak kajian telah membuktikan bahawa pelajar yang mempunyai gaya kognitif yang berbeza menunjukkan pencapaian  yang berbeza (E1). 

Gaya pembelajaran Kognitif Field Independent (FI) dan Field Dependent (FD) melihat pembelajaran sebagai perubahan proses mental yang berlaku secara aktif. Menurut Enggen dan Kauchak (2008), gaya pembelajaran kognitif adalah berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut:

  1. Otak manusia aktif berfikir untuk memahami persekitarannya.
  2. Pembelajaran dan perkembangan bergantung pada pengalaman individu.
  3. Pelajar membina pengetahuan, bukannya merekod. Pengetahuan melibatkan aktiviti memberikan makna kepada pengalaman.
  4. Pengetahuan yang dibina bergantung pada pengetahuan sedia ada pelajar.
  5. Pembelajaran meningkat dalam persekitaran sosial yang sesuai.
  6. Pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas. 

Witkin et.al (1971) telah menghasilkan borang soal selidik dengan menggunakan 'Group Embedded Figure Test' (GEFT) bagi mengenal pasti gaya pembelajaran kognitif. 

Antara ciri-ciri yang ciri-ciri yang dikenalpasti dalam senarai yang berkaitan dengan FD dan FI adalah dirujuk kepada sumber tertentu. 

Bagi mengenalpasti murid yang mempunyai ciri-ciri Field Dependent, Field Independent atau Field Mixed (FM),BAGAIMANA INGIN MENGETAHUI  CIRI-CIRI GAYA KOGNITIF MURID?

  •    Jika murid mempunyai ciri Field Independent 4 ke atas, murid tersebut merupakan Field Independent.
  •    Jika murid mempunyai 4 ciri Field Dependent ke atas, maka murid tersebut merupakan Field Dependent.
  •    Jika murid tersebut mempunyai 3 ciri Field Dependent dan 3 ciri Field Independent, murid tersebut merupakan Field Mix (FM).    

Rumusan yang diperoleh hasil daripada penganalisaan ini boleh dijadikan sebagai panduan dalam mereka bentuk bahan pengajaran dan seterusnya mengaplikasikan kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan gaya kogniitif murid. 

Apa tujuan instrumen?

Instrumen diperlukan bagi mengenalpasti gaya kognitif murid sama ada Bebas Medan (FI), Bersandar Medan(FD) ataupun Bercampur Medan (FM). Data yang diperolehi ini akan menentukan pendekatan, strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah.

Soal Selidik Gaya Kognitif FI vs FD (E1)

SILA KLIK DAN RUJUK MUKASURAT 80-86 .

Apa itu Kajian Lapangan?

Mana-mana kaedah kajian bermaksud cara -cara yang boleh digunakan untuk mengumpul maklumat. Sebelum melaksanakan kajian lapangan, tentukan objektif kajian dan apakah kaedah (cara) yang boleh digunakan untuk mengumpul maklumat yang diperlukan.

 

Kaedah Kajian yang kita boleh digunakan adalah;

  1. Kaedah Rujukan -  membuat rujukan buku, majalah, akhbar atau rujukan internet
  2. Kaedah Pemerhatian- pergi ke lapangan/kawasan kajian untuk lihat sendiri.
  3. Kaedah Soalselidik- mengemukakan soalan dengan menyediakan borang soalselidik.
  4. Kaedah Temubual - menemu bual murid/guru

Pendekatan, Strategi Pengajaran dan Kaedah Pengajaran

Pendekatan, Strategi Pengajaran dan Kaedah Pengajaran
 Pendekatan Pengajaran
- Pendekatan Induktif
- Pendekatan Deduktif
- Pendekatan Eklektik
- Pendekatan Bersepadu
- Pendekatan Tematik


 Strategi Pengajaran
- Strategi berpusatkan guru
- Strategi berpusatkan murid
- Strategi berpusatkan bahan
- Strategi berpusatkan tugasan


 Kaedah Pengajaran
- sumbangsaran
- perbincangan
- belajar sambil bermain
- demonstrasi
- simulasi
- main peranan
- penyelesaian masalah

Pedagogi Masa Kini

Pedagogi Masa Kini
 Kerangka Kemahiran Pedagogi
-Kemahiran pembelajaran dan Inovasi
-Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi
-Kemahiran Kehidupan dan Kerjaya


 Ciri-ciri Pedagogi Masa Kini
- Komunikasi dan kolaborasi
- Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK)
- Kemahiran berfikir aras tinggi
- Penyelesaian Masalah
- Pembelajaran berasaskan projek
- Kreativiti dan inovasi
- Pembelajaran kontekstual


 Kaedah dan Teknik Pengajaran Masa Kini
- Flipped Classroom
- Blended learning
- Project Based Learning
- Problem Based Learning
-Inquiry Based Education