Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.
Berdasarkan peta bulatan yang disediakan, nyatakan komponen yang perlu ada ketika mereka bentuk sesuatu pembelajaran.