Skip navigation

Metakognitif

Menurut Metcalfe dan Shimamura (1994), strategi metakognitif berupaya membantu murid melaksanakan tugasan dengan lebih berkesan. Dalam melaksanakan dalam sesuatu tugasan atau pembelajaran murid perlu  sedar apa yang telah mereka ketahui dan apa yang tidak diketahui.

Murid boleh membina matlamat pembelajaran sendiri.

Murid seharusnya dapat mengawal pemikiran bagi merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

Mereka berkemampuan memantau pembelajaran kendiri dan menilai secara kritis.

Setiap keputusan atau tugasan perlulah dibincangkan dan mendapatkan maklumbalas dari  rakan pembelajaran. Murid harus berupaya dapat meneliti maklumbalas rakan, guru dan lain-lain dan melaksankan penambaikkan.