Skip navigation

Apresiasi Karya

Apresiasi

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka menyatakan maksud apresiasi ialah  penghargaan, pengiktirafan serta penghayatan nilai (sesuatu karya) sastera atau seni. Sementara kamus Inggeris- Melayu Dewan  menjelaskan definisi ‘appreciation’  bermaksud penikmatan, penghayatan, tahu menikmati, dan tahu menghayati termasuk yang  berhubung dengan  karya seni. 

Mohd Johari (2004) aktiviti seperti menonton, menghayati, atau apresiasi seni juga merupakan salah satu bidang kritikan seni.

Zakaria Ali (1998) satu latihan yang memerlukan penglibatan  sepenuhnya deria pandang dan sentuh. Johari juga berpendapat penafsiran terhadap karya seni itu boleh difahami apabila kita berpeluang menghargainya.

Objektif Apresiasi

a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni 
b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan 
c) Menghasilkan karya (produk seni) 
d) Memahami seni dan hubungannya 
e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

Proses Apresiasi

Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

a) Menggambarkan 
b) Menganalisa 
c) Tafsiran 
d) Penilaian