Skip navigation

Disiplin Kerja - Membuat Corak dan Rekaan (Portfolio)

TUGASAN 1: Portfolio (20%) Individu


Anda dikehendaki menghasilkan sebuah Portfolio Pendidikan Seni Visual dalam bidang Mencorak dan Membuat Rekaan yang mengandungi dokumentasi bahan maklumat seperti dibawah:

I . Kajian 

  • Pemerhatian dan pengamatan
  • Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
  • Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

 

  1. Lakaran  
  • Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif pewujudan idea
  • Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

 

  1. Rangka Sebenar 
  • Merangka reka cadang atau model
  • Menentukan alatan dan bahan
  • Prototaip (jika berkaitan)

 

  1. Persembahan Portfolio
  • Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
  • Mengikut urutan
  • Bersih, kemas dan mudah digunakan

Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, dan kemudahan yang sedia ada.