Aktiviti 1
Teroka maklumat tentang masalah kepelbagaian genetik yang dihadapi oleh populasi kecil yang berikut dengan merujuk pelbagai sumber yang sahih di internet.
a. Bottleneck Effect
b. Founder’s Effect
c. Hanyutan Genetik (Genetik Drift)
d. Pengaliran Gen (Gene Flow)
e. Kemelesetan Kacukan Luar (Outbreeding Depression)
f. Kemelesetan Kacukan dalam (Inbreeding Depression)
g. Hibridisasi
Anda boleh menggunakan pautan berikut sebagai rujukan tambahan.
Banding beza antara jenis masalah kepelbagaian genetik tersebut menggunakan pengurusan grafik yang sesuai .
Aktiviti 2
Kenal pasti masalah kepelbagaian genetik yang dihadapi oleh populasi kecil bagi setiap situasi berikut. Berikan justifikasi anda.
SITUASI 1 Kami adalah satu populasi bunga. Bersebelahan kami terdapat satu lagi populasi bunga yang lain. Apabila kami sedang kembang, lebah akan datang untuk menghisap madu dan pada masa yang sama membawa debunga dari populasi yang lain. Akibatnya berlaku pendebungaan antara populasi. |
SITUASI 2 Tempat tinggal kami telah musnah akibat kebakaran hutan menyebabkan ramai ahli keluarga yang mati. Individu yang masih hidup terpaksa berpindah ke tempat baharu. Sekarang populasi kami telah bertambah semula. Namun begitu selepas beberapa generasi kami dapati rupa kami kelihatan agak berbeza daripada nenek moyang kami. |
SITUASI 3 Kami adalah sekumpulan anjing laut di kutub utara. Pada awalnya, populasi kami adalah besar iaitu kira-kira 200 ekor. Namun begitu manusia sering memburu kami untuk mendapatkan lemak untuk menghasilkan minyak untuk lampu mereka. Akibatnya saiz populasi kami telah berkurang kepada 20 individu sahaja pada akhir abad ke 19. |
SITUASI 4 Suatu bencana alam yang teruk telah melanda tempat tinggal kami di Belanda. Ramai ahli keluarga kami yang mati akibat bencana tersebut. Demi untuk hidup kami terpaksa berhijrah dari Belanda ke Afrika Selatan. Sejak menetap di Afrika Selatan keadaan adalah baik maka populasi kami telah bertambah. Namun begitu, bilangan yang menghidap penyakit Huntington dalam populasi kami semakin meningkat. |
Muatnaik hasil aktiviti 1 dan aktiviti 2 di padlet pada link berikut https://padlet.com/norisahmn/ancamangenetik
Rujuk rubrik pentaksiran di pautan ini.