Rubrik permarkahan adalah seperti berikut:
Dimensi |
Cemerlang |
Kemajuan |
Berkembang |
Permulaan |
Bukti terhad |
Menilai maklumat dan hujah |
● Pelajar mempunyai kemahiran yang tinggi untuk menilai - secara logik dan intuitif - maklumat yang sahih, relevan dan berguna ● Pelajar sebagai penilai yang mahir menilai hujah dan boleh mengenal pasti andaian yang tidak berasas, ketidaktepatan huraian serta kedangkalan hujah dan kesimpulan ● Pelajar boleh menerangkan dengan jelas dan padat justifikasi hujah yang bermakna kepada semua dan menunjukkan daya intuisi dan kejelasan pemikiran |
● Pelajar mempunyai kemahiran untuk menilai samada maklumat sahih, relevan dan berguna ● Pelajar telah boleh menilai hujah untuk mengenal pasti andaian yang tidak berasas, ketidaktepatan huraian serta kedangkalan hujah dan kesimpulan ● Pelajar boleh memberi justifikasi walaupun belum cukup mantap |
● Pelajar telah boleh menilai untuk mendapatkan maklumat yang sahih, relevan dan berguna ● Pelajar faham bagaimana untuk menilai hujah untuk mengenal pasti andaian yang tidak berasas, ketidaktepatan huraian serta kedangkalan hujah dan kesimpulan ● Pelajar mula boleh menjelaskan proses pemikiran |
● Pelajar mahir mencari dan menyaring untuk mendapatkan maklumat yang sahih, relevan dan berguna ● Kemahiran menilai hujah untuk mengenal pasti andaian yang tidak berasas, ketidaktepatan huraian, kedangkalan hujah semakin meningkat |
● Pelajar mahir mencari maklumat tentang sesuatu topik ( melalui internet atau rujuk pakar), namun, sukar menentukan kerelevanan dan kesahihan maklumat ● Pelajar masih sukar mengenal pasti kelemahan teori, andaian, justifikasi dan/atau kesimpulan hujah yang diberi |
Menguji, membuat refleksi dan melaksanakan tindakan berasaskan idea dalam dunia sebenar |
● Pelajar mempunyai keupayaan yang sangat mantap untuk mengaplikasi pemikiran kritikal, logik dan membuat penaakulan bagi menilai idea mereka ● Pelajar membuat refleksi dengan baik tentang proses yang dilalui, dan memikirkan bagaimana untuk memindahkan pengetahuan ke dalam konteks baharu dan mengambil tindakan yang berbeza, berdasarkan apa yang telah temui ● Pelajar mengenal pasti proses yang amat berkesan untuk menilai idea bagi mengaplikasi kreativiti dalam konteks baharu ● Pelajar dapat menunjukkan bagaimana proses ini dapat membantu mereka melihat apa yang telah mereka i dengan cara yang baharu yang menjadikan pembelajaran lebih bermakna |
● Pelajar mengambil kira tema utama, kekangan dan kriteria, dan terlibat dalam proses percubaan untuk membangunkan pelan perancangan dan prototaip serta mengujinya di dunia sebenar ● Pelajar dapat menyatakan kepentingan memindahkan atau menggunakan pengetahuan baru dalam situasi baru dan autentik - dan boleh menerangkan bagaimana mereka menganalisis cara dan penggunaannya di tempat lain ● Pelajar mengumpul maklum balas dan menggunakannya untuk meningkatkan peluang belajar melalui kesilapan/ kelemahan |
● Pelajar meningkatkan keupayaan untuk mengaplikasi kemahiran penaakulan dan logik, membuat kesimpulan serta merangka tindakan, menilai prosedur dan hasil ● Pelajar dapat menyesuaikan, melanjutkan atau membentuk pengetahuan baharu dengan cara sendiri, dalam situasi / konteks khusus ● Pelajar mengaplikasi apa yang mereka i kepada cabaran atau masalah dunia sebenar; serta kepada kehidupan sendiri |
● Pelajar mula membangunkan kemahiran asas untuk bereksperimen dengan idea dan pembelajaran yang berbeza ● Pelajar belajar berfikir tentang mengaplikasikan apa yang mereka i dalam dunia sebenar, dengan bimbingan guru ● Pelajar boleh mengaplikasikan pembelajaran dalam konteks yang berbeza |
● Pelajar masih cenderung melihat tugasan dan penyelesaiannya dari perspektif mereka sendiri dan berusaha untuk melihat implikasi yang lebih luas daripada pembelajarannya ● Pelajar masih memerlukan bimbingan untuk membantu mereka memikirkan bagaimana untuk menguji idea dalam dunia sebenar ● Pelajar mula mengaplikasikan pengetahuan baharu melalui bimbingan, panduan dan bantuan yang minima |