Skip navigation

PKDK3043: AUDIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

PROGRAM:                  PISMP

KURSUS:                     PKDK3043_ AUDIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

RASIONAL KURSUS: 

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang keperluan mentafsir tahap kehilangan pendengaran murid terhadap fungsi kognitif, bahasa dan komunikasi untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini merangkumi topik-topik seperti audiologi dan sistem auditori, anatomi telinga, proses pendengaran, etiologi kehilangan pendengaran dan kesannya terhadap pembelajaran. Fokus diberi kepada pengetahuan serta pengurusan pelbagai ujian pendengaran dan sistem amplifikasi pendengaran yang biasa diguna masa kini. Kepentingan menyediakan persekitaran akustik dalam membantu Murid  Masalah Pendengaran menggunakan amplifikasi dengan berkesan dalam bilik darjah turut di bincang.

HASIL PEMBELAJARAN:

  1.  Menjelaskan tentang kepentingan pengetahuan sistem auditori dan akustik dalam membantu Murid Masalah Pendengaran menggunakan amplifikasi dengan berkesan. (C2, P1, AI, PLO1).
  2.  Menghuraikan jenis masalah pendengaran dan kesannya terhadap perkembangan pembelajaran berdasarkan bahan rujukan relevan (C4, PLO1, PLO6, LL1).
  3.  Mentaksir ujian pendengaran asas untuk mentafsir tahap kehilangan pendengaran dengan tepat secara berpasangan (C5, PLO2, PLO5, TS1).
  4.  Menunjukkan kemahiran dalam memasang dan menyenggarakan sistem alat bantu dengar untuk Murid Masalah Pendengaran (C3, P2, PLO2).
  5.  Menilai kesesuaian sesuatu jenis amplifikasi berdasarkan keperluan murid (C5, PLO3, CTPS1).