Pelaksanaan dan pentafsiran ujian pendengaran murid-murid masalah pendengaran merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh siswa guru khas bidang pendidikan masalah pendengaran. Melalui topik ini, siswa guru akan didedahkan tentang pelaksanaan ujian pendengaran, membina audiogram dan mentafsir audiogram. Kemahiran mentafsir audiogram ini membolehkan siswa guru mengubahsuai strategi pembelajaran untuk memenuhi keperluan dan keupayaan murid masalah pendengaran di sekolah. Hasil Pembelajaran yang akan di dicapai menerusi modul ini adalah:
Hasil Pembelajaran:
CLO3: Mentaksir Ujian Pendengaran Asas untuk mentafsir tahap kehilangan pendengaran secara berpasangan (C5,PLO2, PLO5, TS1).
Fokus kemahiran adalah:
1. Mentafsir dan menilai tahap pendengaran rakan menggunakan ujian pendengaran asas ( C5)
2. Kemahiran teknikal - melaksanakan ujian pendengaran konduksi udara mengikut prosedur yang tepat dan sistematik (PLO2)
3. Kolaborasi secara berpasangan dalam kumpulan (PLO5: TS1)
Langkah-langkah penggunaan modul:
Hasil tugasan ini anda seharusnya dapat menguasi 6C menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Istilah-istilah yang perlu dikuasai adalah: