Skip navigation

Penerokaan Maklumat: Audiometri Nada Tulen

Audiometri nada tulen merupakan ujian pendengaran asas untuk kanak-kanak sekolah dan orang dewasa yang boleh memberi tumpuan dan respons yang dikehendaki. Tujuannya adalah untuk mengetahui bunyi yang paling lembut (softest) yang dapat dikesan bagi setiap frekuensi bunyi yang diberi –  biasanya daripada 125 Hz - 8000 Hz.

Manakala Audiometer Nada Tulen merupakan alat yang digunakan untuk menentukan paras ambang pendengaran yang spesifik mengikut julat frekuensi yang dikehendaki. Terdapat beberapa jenis alat audiometri nada tulen yang digunakan untuk menentukan tahap dan jenis pendengaran seorang murid. 

Berdasarkan video di bawah,  anda dikehendaki meneroka maklumat dan menterjemahkan semua maklumat yang diperoleh dalam bentuk carta pengurusan grafik yang sesuai (Critical Thinking, creativity). Bahan ini hendaklah di uploadkan dalam padlet

https://padlet.com/madinah1/94oawlypx35v

Maklumat tambahan untuk mendalami persoalan tersebut adalah dengan melayari https://www.youtube.com/watch?v=hm0B1adf3JE  (Dr Ted Talks  Audiology)