Dalam era ini, keselamatan dan kesihatan pekerja bukan lagi dianggap sebagai elemen yang berasingan kerana ia berkait rapat antara satu sama lain. Bagi memastikan pekerja dapat berfungsi dengan cemerlang, keselamatan dan kesihatan pekerja perlu diutamakan di setiap tempat kerja, samada di sektor pembuatan, pembangunan, pertanian, perlombongan, perikanan atau pun perkhidmatan. Tempat kerja yang kurang selamat (termasuk bengkel-bengkel) meningkatkan risiko kemalangan serta kecederaan yang pastinya menjejaskan kesihatan. Dalam masa yang sama, pekerja yang kurang sihat adalah lebih berisiko untuk mengalami kemalangan.
Sumber: Google Images
Selanjutnya, anda dikehendaki meneroka kes-kes kemalangan di tempat kerja daripada pelbagai sumber. Pilih satu kes yang bersesuaian. Analisis kes tersebut dari perspektif anda sebagai bakal guru. Sila kongsikan hasil dapatan anda ke dalam padlet yang disediakan (http://bit.ly/rbtmaya).