Skip navigation

Meneroka maklumat

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 25 Februari 1994 dan bertujuan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua orang di tempat kerja. Ia telah digubal berdasarkan konsep peraturan kendiri dengan tanggungjawab utama bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terhadap orang yang mewujudkan risiko dan bekerja dengan risiko. Akta ini menyediakan proses perundingan pada peringkat dasar dengan penubuhan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Proses perundingan juga merangkumi program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan oleh majikan dan wakil pekerja sebagai ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan.

Sumber: Google Images


Anda dikehendaki mencari maklumat lanjut mengenai perundangan dalam pengurusan kesihatan pekerjaan. Kongsikan dapatan anda dalam Padlet yang disediakan (http://bit.ly/rbtmaya2).