Pengurusan Bengkel dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat kerja yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan pekerja. Ia merupakan satu amalan yang mengalakkan dan menyemai sikap menjadikan sesuatu tempat kerja itu selamat dan sihat dari segi fizikal dan mental. Kajian menunjukkan bahawa tempat kerja yang selamat dan sihat akan membantu sesuatu organisasi sama ada kerajaan atau pihak swasta dalam mengekalkan daya saing, menggalakkan produktiviti pekerja, mengurangkan bilangan kes kecederaan dan penyakit pekerjaan, memupuk kreativiti, dan meningkatkan kualiti dan perkhidmatan pelanggan. Budaya menghargai keselamatan dan kesihatan ini akan mempengaruhi pekerja sebagai individu dan seterusnya keluarga mereka.
Sumber: Google Images