Skip navigation

Merumus dan Memberi Maklum Balas

Kewujudan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 jelas menunjukkan perkaitan dan kepentingan kedua-dua elemen ini. Matlamat utama akta tersebut ialah untuk menghasilkan budaya kerja yang selamat dan sihat di kalangan semua pekerja dan majikan di Malaysia. Keselamatan di tempat kerja adalah berkenaan pencegahan kemalangan, kecederaan atau penyakit di kalangan pekerja atau orang-orang lain yang berada di tempat kerja. Selain daripada memelihara nyawa serta kesihatan pekerja yang merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi atau syarikat, pencegahan kemalangan secara tidak langsung dapat mengurangkan kos rawatan, pampasan, kehilangan produktiviti, ketidakhadiran bekerja, kerosakan harta-benda, perkhidmatan kesihatan masa depan, hilang upaya dan lain-lain lagi. Ringkasnya keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah penting dari sudut:
• Kemanusiaan dan moral;
• Perundangan; dan
• Kewangan.

Sejauh manakah sumbangan bengkel yang selamat kepada kesihatan pekerjaan? Bincangkan maklumat tersebut secara berkumpulan dengan menggunakan pengurusan grafik yang bersesuaian.

Sumber: Google Images


Murnikan pengurusan grafik tersebut berdasarkan idea-idea yang dicadangkan dan upload hasil anda ke Google Drive di dalam folder PENGURUSAN GRAFIK di link berikut: http://bit.ly/rbtpengurusangrafik